Janganlah kamu banyak bercakap tanpa zikir kepada Allah

لا تُكْثِرُوا الْكَلامَ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللَّهِ تَعَالَى فَتَقْسُوَ قُلُوبُكُمْ ، فَإِنَّ الْقَلْبَ الْقَاسِيَ بَعِيدٌ مِنَ اللَّهِ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Janganlah kamu banyak bercakap tanpa zikir kepada Allah. Sesungguhnya itu mengeraskan hati kamu dan sesungguhnya hati yang keras itu jauh daripada Allah.”

DARJAT HADIS

  • Hadis ini bertaraf dhaif (lemah)

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Al-Tirmizi di dalam kitabnya Sunan, jilid 2, m/s 66.
  • Imam Ibnu Syaibah di dalam kitabnya Musannaf, jilid 7, m/s 65.
  • Imam Ibnu Nuaim di dalam kitabnya Syuab al-Iman, jilid 2, m/s 65.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Imam Al-Tirmizi menyatakan hadis ini gharib.
  • Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini dhaif.

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki