Isi syurga itu seratus dua puluh saf, lapan puluh (80) daripadanya daripada umat ini

TEKS BAHASA ARAB

أهل الجنة عشرون ومأئة صف ثمانون منها من هذه الأمة وأربعون من سائر الأمم

TEKS BAHASA MALAYSIA

Isi syurga itu seratus dua puluh saf, delapan puluh (80) daripadanya daripada umat ini, yakni umatku ini dan empat puluh daripada segala umat nabi yang dahulu

STATUS

Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Saudara Mazlan Sidek dalam kajian beliau,

Hadith Keempat:

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

(( أهل الجنة عشرون ومأئة صف ثمانون منها من هذه الأمة وأربعون من سائر الأمم ))

Isi syurga itu seratus dua puluh saf, delapan puluh (80) daripadanya daripada umat ini, yakni umatku ini dan empat puluh daripada segala umat nabi yang dahulu.

Takhrij Hadith:

  • Imam al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab sifah al-Jannah, Bab ma Ja fi Saff Ahl al-Jannah, jil. 4, hal. 394, no. 2546.
  • Imam Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Kitab al-Zuhd, Bab Sifah Ummah Muhammad, jil. 2, hal. 726, no. 4289.
  • Al-Imam Abu ‘Abd Allah Muhammad bin ‘Abd Allah al-Hakim al-Naysaburi (1998M), Mustadrak ‘ala al-Sahihayn, Tahqiq: Abu ‘Abd Allah ‘Abd al-Salam bin Muhammad bin ‘Umar ‘Allusy, Beirut: Dar al-Ma’rifah, Kitab al-Iman, Bab Ahl al-Jannah ‘Isyrun wa Mi’ah Sinf hadzih al-Ummah minha Thamanun Saffa, cet. 1, jil. 1, hal. 265, no. 281, 282, 283.
  • Lihat al-Haffiz Muhammad bin Hibban (1987M), Sahih Ibn Hibban, Susunan al-Amir ‘Ala al-Din ‘Ali bin Balaban al-Farisi, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Bab Dhikr al-Khabar Qawl man Za’am an hadha al-Khabar Tafarrad bin Maharab bin Dathar, jil. 16, hal. 499, no. 7460.
  • Imam Ahmad Ibn Hanbal (t.t), Musnad Ahmad Ibn Hanbal, Misr: Mu’assasah al-Qurtubiyyah, Musnad Ibn Mas’ud, jil. 1, hal. 453, no. 4328. Lihat Hadith Buraydah al-Aslami, jil. 5, hal. 347, 355, 361, no. 22990, 23052, 23111[1].

 

Ulasan Serta Hukum Hadith :

Hadith ini adalah sahih, ianya menepati syarat yang ditetapkan oleh Imam Muslim tetapi beliau tidak keluarkan dalam kitab Sahihnya[2]. Pada pendapat al-Tirmidhi ianya adalah hasan[3]. Hadith ini mempunyai empat tariq melalui dua orang sahabat (perawi A’la), tiga tariq daripada Buraydah dan satu tariq daripada ‘Abd Allah Ibn Mas’ud daripada Nabi s.a.w., jadi hadith ini kuat dengan sokongannya[4].


[1] Hadith syahid, lihat ‘Abd Allah bin ‘ABD AL-Rahman Abu Muhammad al-Darimi (1408H), Sunan al-Darimi, Tahqiq Fawwaz Ahmad Zamarli, Khalid al-Sab’ al-‘Alami, Beirut: Dar al-Kitab al-‘arabi, Kitab al-Raqaq, Bab fi Sufuf Ahl al-Jannah, cet. 1, jil. 2, hal. 434, no. 2835.

[2] Lihat Abu ‘Abd Allah Muhammad bin ‘Abd Allah al-Hakim al-Naysaburi (1998M), Mustadrak ‘ala al-Sahihayn, Tahqiq: Abi ‘Abd Allah ‘Abd al-Salam bin Muhammad bin ‘Umar ‘Allusy, Beirut: Dar al-Ma’rifah, Kitab al-Iman, Bab Ahl al-Jannah ‘Isyrun wa Mi’ah Sinf hadhih al-Ummah minha Thamanun, Saffa, jil. 1, hal. 265, no. 281.

[3] Lihat Imam al-Tirmidhi, op.cit, Kitab Sifah al-Jannah, Bab ma Ja’ Fi Saff Ahl al-Jannah, jil. 4, hal. 394.

[4] Lihat Ibn Hajar al-‘Asqalani (1379H), op.cit, jil. 11, hal. 288.

RUJUKAN

Sidek, Mazlan (2004) Hadis dalam kitab al-Durr al-Thamin karangan Syeikh Daud al-Fatani : takhrij dan analisis Mazlan Sidek. Masters thesis, University of Malaya, hal. 133-134.

Daud bin Abdullah al-Fathani. (2017). الدر الثمين Al-Durru Al-Thamin (Permata Yang Indah) Pada Menyatakan I’tiqad Segala Orang Yang Mu’minin. (Noraine Abu & Mashadi Masyuti, Eds.). Batu Caves, Selangor: Al-Hidayah House Of Publisher Sdn Bhd, hal.33-34.

MAKLUMAN

Hasil penyelidikan ini telah dimasukkan disini melalui Projek Al-Durr Al-Thamin yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!