Iman Naik Dan Turun

TEKS BAHASA ARAB
” أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ وَفد ثَقِيف سَأَلُوا النبى عَنِ الإِيمَانِ هَلْ يَزِيدُ وَيَنْقُصُ؟ فَقَالَ: لَا، زِيَادَتُهُ كُفْرٌ وَنُقْصَانُهُ شِرْكٌ ”
TEKS BAHASA MALAYSIA

‘ Dari Abu Hurairah : Sekelompok pendatang bertanya kepada Rasulullah : Adakah iman menaik dan menurun: Rasulullah berkata : Tidak,menambahnya adalah kufur dan mengurangkannya adalah syirik’

STATUS

Hadis Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Imam Ibnu Jauzi menyatakan tidak syak lagi bahawa hadith ini palsu ( al-Maudhu’at 1/131)

Imam al-suyuthi juga menyatakan bahawa hadith ini palsu ( al-Laie al-Masnu’ 1/41)

RUJUKAN

  • ‘Alī bin Muḥammad, Ibn. ‘Irāq al-Kinani. (1399). Tanzīḥ al-Sharī‘ah al-Marfū‘ah ‘an al-Akhbār al-Shanī‘ah al-Mawdū‘ah. (‘Abd al-Wahhāb ‘Abd Al-Laṭīf & ‘Abd Allāh Muḥammad al-Ṣiddīq Al-Ghummārī, Eds.). Bayrūt: Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini telah dimasukkan disini melalui Projek Tanzih yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!

Sekiranya ada kesilapan (terjemahan, fakta, dll.) mohon maklumkan kepada kami di admin@semakhadis.com.