Iman itu bukan dengan angan-angan

لَيْسَ اْلإِيْمَانِ بِالتَّمَنِّي وَلاَ بِالتَّحَلِّيْ، وَلَكِنْ مَا وَقَرَ فِي الْقَلْبِ وَصَدَقَهُ الْفِعْلُ

 Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Iman itu bukan dengan angan-angan, juga bukan dengan berhias tetapi sesuatu yang mantap (iman) di dalam hati dan dibuktikan dengan pekerjaan”

 

DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf maudhu’ (palsu)

 

YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

-Imam Ibnu Thahir di dalam kitabnyaZakhirat al-Huffaz, jilid 4, m/s 4656.

-Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Al-Silsilah Al-Ahadis Al-Dhaifah, jilid 3, m/s 217.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

 Pada hadis ini terdapat perawi bernama Yusuf bin Atiyyah.

-Imam Al-Bukhari menyatakan dia mungkarul hadis

-Imam Al-Nasaie menyatakan hadisnya ditinggalkan dan dia bukanlah seorang yang boleh dipercayai

-Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini palsu

 

SUMBER:

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki