Hindarilah debu, kerana darinyalah timbulnya penyakit asma

تَنَكِبُّوا الغُبَارَ فَإِنَّهُ مِنْهُ تَكُونُ النَّسَمَةُ

Hindarilah debu, kerana darinyalah timbulnya penyakit asma.”

Status

Tiada Asal

Ulasan Syeikh Al-Albani

Saya tidak mengetahui sumber hadis yang disebutkan oleh Ibnu Athir dalam kitab an-Nihayah pada maddah nasama (نَسَمَ) tersebut lantas menyatakannya sebagai hadis. Namun, saya tidak mendapati beliau menyebutkan sumber aslinya secara marfu’ (sampai sanadnya kepada Rasulullah saw. -pent.).

Ibnu Saad dalam Thabaqat al-Kubra VII/198 meriwayatkan bahawa Abdullah bin Soleh al-Masri berkata, dari Harmalah bin Imran apa yang diceritakan kepada mereka oleh Ibnu Sindir pengikut (budak) Rasulullah saw.. Ia berkata, “ Suatu saat datanglah ‘Amr Ibn al-‘As sedang Ibnu Sindir telah bersama sekelompok orang. Tiba-tiba orang-orang berkumpulan bermain-main menebarkan debu ke udara. ‘Amr kemudian menghulurkan ‘imamah (kain serban)-nya lalu menutupi hidungnya dan berkata, Hati-hatilah kalian terhadap debu kerana itu merupakan suatu yang paling senang masuknya dan paling sulit keluarnya. Bila debu telah masuk menembus paru-paru, maka timbullah penyakit asma.”

Jadi, di samping riwayat tersebut mauquf (terhenti sampai kepada sahabat) juga sanadnya tidak sahih. Alasannya :
1. Ibnu Saad hanya menyandarkan riwayat tersebut tanpa menyebutkan kaitan antara dia dengan Abdullah bin Soleh.
2. Ibnu Soleh itu lemah. Hal ini dinyatakan oleh Ibnu Hibban dan Ibnu Huzaimah.
3. Kaitan antara Harmalah dengan Ibnu Sindir tidak dijelaskan, kerana itu beliau dikategorikan sebagai majhul (tidak dikenali).

Sumber

Silsilah Hadith Dha’if dan Maudhu’