Hilangnya ilmu di peha-peha wanita

TEKS BAHASA ARAB

ضَاعَ الْعِلْمُ فِي أَفْخَاذِ النِّسَاءِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Hilangnya ilmu di peha-peha wanita”.

STATUS

Bukan Hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Berikut adalah soaljawab Irsyad Al-Hadith dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,

Soalan: Apakah status hadith ini?

 

Matan Hadith

 

ضَاعَ الْعِلْمُ فِي أَفْخَاذِ النِّسَاءِ

Maksudnya: “Hilangnya ilmu di peha-peha wanita”.

 

Jawapan :

Berdasarkan soalan di atas, hadith ini dinukilkan oleh para ulama’ hadith di dalam kitab mereka yang mengumpulkan hadith-hadith palsu. Hadith di atas ini juga disebut dengan lafaz yang sedikit berlainan iaitu:

 

ضَاعَ الْعِلْمُ بَيْنَ أَفْخَاذِ النِّسَاءِ

Maksudnya: “Hilangnya ilmu di antara peha-peha wanita”.

 

Hadith di atas bukan daripada Nabi SAW dan ia merupakan perkataan daripada Bisyr al-Hafisebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Sakhawi dan juga Syeikh Mulla Ali al-Qari. Antara ulama’ hadith yang menilai hadith ini sebagai palsu di dalam kitab mereka ialah:

 

  • Imam al-Sakhawi. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 640]
  • Syeikh al-Zurqani. [Lihat: Mukhtasar al-Maqasid, 597]
  • Syeikh al-Ajlouni. [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 34/2]
  • Syeikh Mulla Ali al-Qari. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 237/1][Lihat: al-Mashnu’ Fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’, 120]
  • Syeikh al-Qauqaji. [Lihat: al-Lu’lu’ al-Marshu’, 112/1]

 

 

 

 

RUJUKAN
MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil kerja pasukan sukarelawan Semakhadis.com untuk memasukkan hasil penyelidikan hadis yang dijalankan oleh Pasukan Penyelidik, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat mereka. Aamiin! Ingin jadi sukarelawan semakhadis.com? Hubungi kami di admin@semakhadis.com