Hidangkan sayur sebagai hidangan kalian, kerana ia mengusir syaitan

TEKS BAHASA ARAB

أحضروا موائدكم البقل فإنه مطردة للشيطان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hidangkan sayur sebagai hidangan kalian, kerana ia mengusir syaitan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 54, hadis nombor 64. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: سماجة الحديث وكونه مما يسخر منه… وحديث "أحضروا موائدكم البقل فإنه مطردة للشيطان".

Di antaranya (ciri hadis palsu) juga adalah kandungan hadis yang buruk dan mengundang persendaan orang yang mendengarnya. Contohnya seperti berikut…dan hadis lain:

أَحْضِرُوا مَوَائِدَكُم الْبَقْلَ فَإِنَّهُ مَطْرَدَةٌ لِلشَّيْطَانِ
“Hidangkan sayur sebagai hidangan kalian, kerana ia mengusir syaitan.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs