Hendaklah kalian menggunakan dua jenis ubat, madu dan Alqur’an

عَلَيْكُمْ بِالشِّفَائَيْ: العَسَلُ وَالْقُرْآنُ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 Hendaklah kalian menggunakan dua jenis ubat, madu dan Alqur’an”

 

DARJAT HADIS

 Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

-Imam Ibnu ‘Adi di dalam kitabnya Al-Kamil jilid 1 m/s 147.

-Imam Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya hadis nombor 342.

KETERANGAN ULAMA HADIS:

-Imam Al-Baihaqi : Periwayatan secara marfu’(sanad sampai kepada Nabi) adalah tidak benar, sedangkan yang sahih adalah mauquf (Sanad hanya sampai kepada Sahabat) iaitu kepada Abdullah bin Mas’ud

-Imam Al-Zahabi: Diriwayatkan secara mauquf (hanya sampai kepada sahabat bukan daripada perkataan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam  ).

-Sheikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i: Yang sahih adalah riwayat hadis ini secara mauquf (terhenti kepada Sahabat sahaja).

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki