Hendaklah kalian makan kacang dal kerana padanya keberkatan, melembutkan hati dan telah disucikan oleh 70 orang Nabi

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالعدس فإنه مبارك يرقق القلب ويكثر الدمعة قدس فيه سبعون نبيا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian makan kacang dal kerana padanya keberkatan, melembutkan hati dan telah disucikan oleh 70 orang Nabi

STATUS

Hadis palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Ibn al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif,

وكذلك حديث

Begitu juga hadis:

عَلَيْكُمْ بِالْعَدَسِ فَإِنَّهُ مُبَارَكٌ يُرَقِّ الْقَلْبَ قُدِّسَ فِيهِ سَبْعُونَ نَبِيًّا

“Hendaklah kalian makan kacang dal kerana padanya keberkatan, melembutkan hati dan telah disucikan oleh 70 orang Nabi.”[1]

 

 وقد سئل عبد الله بن المبارك عن هذا الحديث؟ وقيل له إنه يروي عنك! فقال: “وعني أيضا”.

Abdullah bin al-Mubarak pernah ditanya berkenaan hadis ini. Dikatakan kepadanya: “Sesungguhnya hadis ini diriwayatkan daripada engkau.” Maka jawabnya (dengan kehairanan): “Dan daripadaku juga!”.

أرفع شيء في العدس أنه شهوة اليهود ولو قدس فيه نبي واحد لكان شفاء من الأدواء فكيف بسبعين نبيا؟

Tiada keistimewaan pada kacang dal kecuali sebagai bahan makanan yang sesuai dengan selera Yahudi. Kalau benar ada seorang nabi yang menyucikan kacang ini, nescaya adas akan menjadi ubat pelbagai penyakit. Bahkan, bagaimana pula kalau yang menyucikannya adalah 70 orang nabi?

وقد سماه الله تعالى {أدنى} ونعى على من اختاره على المن والسلوى وجعله قرين الثوم والبصل

            Allah menyifatkan makanan ini sebagai adna (kurang baik) (al-Baqarah ayat 61) dan mencela orang yang lebih mengutamakannya berbanding manna dan salwa. Serta menyebutkannya seiring dengan bawang putih dan bawang merah.

أفترى أنبياء بني إسرائيل قدسوا فيه لهذه العلة والمضار التي فيه من تهييج السوداء والنفخ والرياح الغليظة وضيق النفس والدم الفاسد وغير ذلك من المضار المحسوسة؟!

            Apakah menurutmu ada nabi dalam kalangan bangsa Israel yang menyucikan makanan ini dengan kecacatan seperti ini? Penyakit yang terkandung di dalamnya sejumlah mudarat seperti sakit hitam (masalah hempedu hitam), angin pasang, sesak nafas, darah kotor dan pelbagai lagi mudarat fizikal.

ويشبه أن يكون هذا الحديث من وضع الذين اختاروه على المن والسلوى أو أشباههم.

            Kemungkinan besar hadis ini dipalsukan oleh orang yang lebih suka kacang adas berbanding manna dan salwa atau yang serupa dengan mereka.


[1] Direkodkan oleh Ibnu Hibban di dalam al-Majruhin: 2/120.

RUJUKAN

  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. 51-52.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal. 44.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!