Hadis Talqin: Wahai Fulan bin Fulanah

إذا مات أحدٌ من إخوانكِم فسويتُم الترابَ على قبرهِ،

Apabila salah seorang dari saudara kalian meninggal dunia lalu sudah kalian ratakan kuburannya,

فليَقُم أحدكُم على رأسِ قبرهِ ، ثم ليقل :

maka hendaklah salah seorang dari kalian berdiri pada sisi kepala kubur, lalu hendaklah dia berkata:

يا فلانَ بن فلانَة فإنهُ يسمعهُ ولا يجيبهُ

Wahai Fulan anaknya Fulanah, kerana dia akan mendengarnya meskipun tidak boleh menjawab.

ثم ليَقُل : يا فلانَ بن فلانةٍ فإنه يستَوي قاعدا ،

Kemudian katakan: Wahai Fulan bin Fulanah, maka dia akan duduk sempurna.

ثم يقولُ : يا فلانَ بن فلانةٍ ، فيقول : أرشدْنَا رحمكَ اللهُ ، ولكن لا تشعُرونَ ،

Kemudian katakan Wahai Fulan anaknya Fulanah, maka dia akan berkata: “Berilah aku petunjuk, semoga Allah  merahmati kalian.” Akan tetapi kalian tidak merasainya.

فليقل : اذكر ما خرجتَ عليهِ من الدنيا :

Lalu hendaklah dia katakan: “Ingatlah apa yang engkau bawa keluar dari dunia ini

شهادةَ أن لا إلهَ إلا اللهُ وأن محمدا عبدهُ ورسولهُ صلى الله عليه وسلم ،

iaitu syahadah bahawa tiada Ilah yang berhak di ibadahi melainkan Allah dan Muhammad adalah seorang hamba dan rasul-Nya, -sal Allah ‘alaihi wa sallam-

وأنكَ رضيتَ باللهِ ربا ، وبالإسلامِ دينا ، وبمحمدٍ صلى الله عليه وسلم نبيا ، وبالقرآنِ إماما ،

dan engkau redha Allah  sebagai rabbmu, Islam sebagai agamamu, Muhammad -sal Allah ‘alaihi wa sallam- sebagai nabimu, dan al-Qur’an sebagai imammu.

فإن مُنْكرا ونكيرا يأخذُ كلَّ واحدٍ منهما بيدِ صاحبهِ ويقول :

Maka sesungguhnya kedua-dua malaikat Munkar dan Nakir akan saling mengambil tangan sahabatnya sambil berkata :

انطلقْ ، ما يُقْعِدُنا عند من لُقّنَ حجتهُ ؟

Pergilah! Untuk apa duduk pada orang yang sudah ditalqinkan (diajarkan) hujjahnya?.”

فيكونُ الله عز وجل حجهُما دونهُ .

Maka Allah menjadi hujjah baginya dalam menghadapi keduanya.”

فقالوا : يا رسولَ اللهِ ، فإن لم يعرف أمّهُ ؟

Lalu mereka bertanya: “Wahai Rasul Allah, Bagaimana kalau tidak diketahui nama ibunya ?

قال : فلينسبهُ إلى أمهِ حواءَ : يا فلان ابن حواءَ

Rasul Allah bersabda: “Nasabkanlah kepada ibunya Hawa’, “Wahai fulan bin Hawa.”

الراوي:أبو أمامة الباهلي
Perawi: Abu Umamah Al-Bahili
المحدث:النووي
Ahli Hadis: An-Nawawi
المصدر:المجموع
Sumber: Al-Majmu’
الجزء أو الصفحة:5/304
Jilid atau halaman: 5/304
حكم المحدث:إسناده ضعيف
Status oleh Ahli Hadis: Sanadnya Dha’if (lemah)
Disalin dari Hdith.com oleh Semakhadis.com