Fadhilat Solat Terawih

Teks Bahasa Melayu :

Orang Mukmin keluar daripada dosanya pada

Malam Pertama ;

Seperti saat dilahirkan ibunya

Malam Kedua ;

Dia diampuni bersama kedua ibu bapanya jika kedua mukmin.

dan seterusnya dengan fadhilat khusus pada setiap malam sehingga malam ke 30.

Status :

Palsu

Ulasan :

Antara tanda hadis palsu ialah yang dilakukan adalah perkara kecil yang dilakukan, namun pahalanya besar.

Contohnya dalam jika solat terawih pada malam ke 17 maka akan diberi pahala seperti pahala para nabi.

Pada malam ke 29 pula diberi pahala 1000 haji yang diterima.

Imam Ibn al-Qayyim menyatakan dalam kitab beliau, Al-Manar al-Munif, “Semoga Allah membinasakan mereka yang mencipta hadis palsu, iaitu berdusta atas nama Nabi s.a.w”

Imam al-Hafiz al-Iraqi berkata bahawa ada periwayat hadis yang berdusta dalam hadis ini iaitu Muhammad bin Hamid al-Razi. Demikian seperti dinyatakan beliau dalam kitab Takhrij al-Ihya.

Rujukan :

  1. Al-Manar al-Munif oleh Ibn al-Qayyim
  2. Takhrij al-Ihya oleh al-Iraqi

Sumber :

40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur