Fadhilat Membaca Surah Tiga Qul 7 kali Selepas Solat Jumaat

مَنْ قَرَأَ بَعْدَ صَلَاةِ الْجُمُعَةِ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ سَبْعَ مَرَّاتٍ، أَعَاذَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مِنَ السُّوءِ إِلَى الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى

Sesiapa yang membaca selepas solat Jumaat surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas sebanyak 7 kali. Allah akan melindunginya daripada kejahatan sehingga Jumaat yang seterusnya.

Kata Dr. Rozaimi -Hafizullah- (Moga Allah memelihara beliau):

Saya ditanya tentang status hadis di bawah ini:

SAHIHKAH HADIS FADHILAT MEMBACA SURAH TIGA QUL 7 KALI SELEPAS SOLAT JUMAAT?

Diriwayatkan:

مَنْ قَرَأَ بَعْدَ صَلَاةِ الْجُمُعَةِ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ سَبْعَ مَرَّاتٍ، أَعَاذَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مِنَ السُّوءِ إِلَى الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى “

Sesiapa yang membaca selepas solat Jumaat surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas sebanyak 7 kali. Allah akan melindunginya daripada kejahatan sehingga Jumaat yang seterusnya.

Jawapan:

Riwayat ini diriwayatkan oleh Ibnu Sunni ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (375):

أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ هَارُونَ الْحَضْرَمِيُّ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ عَمْرِو بْنِ خَالِدٍ، ثنا أَبِي، ثنا الْخَلِيلُ بْنُ مُرَّةَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” مَنْ قَرَأَ بَعْدَ صَلَاةِ الْجُمُعَةِ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ سَبْعَ مَرَّاتٍ، أَعَاذَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مِنَ السُّوءِ إِلَى الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى “

Ia juga diriwayatkan oleh Ibnu Syahin dalam At-Targhib Fi Fadhail al-A’mal (472), Al-Khallal dalam Fadhail Surah al-Ikhlas (12), kesemuanya daripada jalan Muhammad bin Harun al-Hadrami daripada Sulaiman bin ‘Amru daripada ‘Amru bin Khalid daripada Al-Khalil bin Murrah daripada Ibnu Abi Mulaikah daripada ‘Aisyah r.a.

Pada sanadnya terdapat perawi dhaif bernama Al-Khalil bin Murrah. Yahya bin Ma’in dan An-Nasaie menyatakan beliau dhaif. Al-Bukhari menyatakan beliau Munkarul Hadis.

Oleh kerana itu, hadis ini adalah dhaif. Ia di dhaifkan oleh Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Dhaifah.

Membaca surah 3 qul selepas solat fardhu adalah sunnah berdasarkan hadis-hadis berikut:

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ، قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَقْرَأَ بِالْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ ‏.‏

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w menyuruh aku untuk membaca al-Mu’awwizaat (3 Qul) selepas setiap solat.
[Sunan Abu Daud, Kitab al-Witr, hadis no: 1523].

Wallahua’lam.

Sumber

Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith