Dunia itu adalah rumah bagi orang yang tidak punya rumah

الدُّنْيَا دَارُ مَنْ لاَ دَارَ لَهُ وَمَالُ مَنْ لاَ مَالَ لَهُ وَلَهَا يُجْمَعُ مَنْ لاَ عَقْلَ لَهُ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 “Dunia itu adalah rumah bagi orang yang tidak punya rumah, dan harta bagi orang yang tidak mempunyai harta, untuknya lah orang yang tidak berakal itu (memikirkan) dikumpulkan”

 …

DARJAT HADIS

 Hadis ini bertaraf dhaif jiddan (sangat lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

 -Imam Al-Subki di dalam kitabnya Al-Ahadis allati Laa Ashla Laha fi al-Ihya’ m/s 344.

-Imam Al-Fattani di dalam kitabnya Tazkirat al-Maudhu’at, m/s 174.

-Imam Al-Baihaqi di dalam kitabnya Syu’aib al-Iman, jilid 13 m/s 185.

-Imam Al-Sakhawi di dalam kitabnya Al-Maqasid Al-Hasanah, m/s 350.

 

 KETERANGAN ULAMA HADIS:

-Imam Al-Munawi menyatakan hadis ini terhenti kepada sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bernama  Abdullah bin Mas’ud.

-Sheikh Syua’ib Al-Arnouth menyatakan sanad hadis ini dhaif.

-Sheikh Al-Albani juga menyatakan hadis ini dhaif.

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki