Dua hal janganlah anda dekati

اِثْنَتَانِ لَا تَقْرَبْهُمَا : الشِّرْكُ باللَّهِ ، وَ الِإضْرَارُ بالنَّاسِ

“ Dua hal janganlah anda dekati. Menyekutukan Allah dan mengganggu (merugikan) orang lain.”

Status

Tiada Asal

 

Ulasan Syeikh Al-Albani

Riwayat tersebut tidak ada sumbernya. Memang ia sangat masyhur dan menjadi pembicaraan dengan lafaz yang demikian. Namun, saya tidak mendapatkannya dalam kitab sunnah. Barangkali riwayat itu berasal dari kitab Ihya Ulumuddin karangan imam al-Ghazali II/185, yang menyatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda:

خَصْلَتَانِ لَيْسَ فَوقَهُمَا شَيْءٍ مِنَ الشَّرِّ: الشِّرْكُ بِاللهِ وَالضُّرُّ لِعِبَادِ اللهِ ، وَخَصْلَتَانِ لَيْسَ فَوقَهُمَا شَيْءٍ مِنَ البِرِّ: الإيمَانُ باللهِ وَالنَّفَعُ لِعِبَادِ اللهِ

Dua hal yang tidak ada sesuatu kejahatan yang melebihinya, iaitu menyekutukan Allah dan memudharatkan (mengganggu) hamba-hamba Allah. Dan dua hal tidak ada kebaikan yang melebihinya, iaitu iman kepada Allah dan memberi manfaat kepada hamba Allah“.

Hadis tersebut tidak ada dan tidak diketahui sumbernya. Al-Iraqi dalam merinci riwayat tersebut menyatakan, riwayat tersebut telah dipaparkan oleh penulis kitab al-Firdaus dari hadis Ali sedangkan anaknya tidak menyandarkannya dalam musnadnya. Kerana itu, as-Subki menyatakan bahawa apa yang terdapat dalam Ihya riwayatnya tidak bersanad.

Sumber

Silsilah Hadis Dha’if dan Maudhu’