Dua golongan dari kalangan umatku

صنفان من أمتي إذا صلحا، صلح الناس: الأمراء والفقهاء

Dua golongan dari kalangan umatku, apabila baik mereka maka baiklah manusia. Iaitu umara’ (pemimpin) dan fuqaha’.

Di dalam satu lafaz lain,

صنفان من أمتي إذا صلحا، صلح الناس: الأمراء والعلماء

Dua golongan dari kalangan umatku, apabila baik mereka maka baiklah manusia. Iaitu umara’ (pemimpin) dan ulama’

Status

Palsu (maudhu’)

Ulasan

قال الإمام أحمد : في أحد رواته كذاب يضع الحديث ، قال ابن معين والدارقطني مثله، قال الألباني: موضوع. “تخريج الإحياء” (1/6) . “الضعيفة” (16) .

Kata Al-Imam Ahmad: Pada seorang perawi-perawinya ada seorang pendusta yang memalsukan hadis. Ibn Ma’in dan Al-Daruqutni telah menyebut perkara yang seumpamanya. Kata Al-Albani: Maudhu’. [rujuk] Takhrij al-Ihya’ (1/6), Silsilah al-Dhaifah (16)

Sumber

100 Hadis dari Hadis-hadis Lemah dan Palsu yang Tersebar diantara Para Khatib dan Para Wu’az oleh Ihsan bin Muhammad al-‘Utaiby (مئة حديث من الأحاديث الضعيفة والموضوعة منتشرة بين الخطباء والوعاظ لإحسان بن محمد العتيبي)