Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersama Abu Bakar berangkat ke gua

 انْطَلَقَ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُوْ بَكْرٍ إِلَى الْغَارِ، فَدَخَلاَ فِيْهِ فَجَاءَتِ الْعَنْكَبُوْتُ فَنَسَجَتْ عَلَى بَابِ الْغَارِ وَجَاءَتْ قُرَيْشٌ يَطْلُبُوْنَ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَ كَانُوْا إِذَا رَأَوْا عَلَى بَابِ الْغَارِ نَسْجُ الْعَنْكَبُوْتِ قَالُوا لَمْ يَدْخُلْهُ أَحَدٌ وَكَانَ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَائِمًا يُصَلِّى وَأَبُوْ بَكْرٍ يَرْتَقِبُ فَقَالَ اَبُوْ بَكْرٍ لِلنَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِدَاكَ أَبِي وَأُمِّي هَؤُلاَءِ قَوْمُكَ يَطْلُبُوْنَكَ أَمَّا وَاللهِ مَا عَلَى نَفْسِي أَبْكِي وَلَكِنْ مُخَافَةً أَنِ أَرَى فِيْكَ مَا أَكْرَهُ فَقَالَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللهَ مَعَنَا

 

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersama Abu Bakar berangkat ke gua, lalu mereka memasukinya. Datanglah labah-labah membuat sarang di mulut gua. Kemudian datanglah sekumpulan kaum Quraisy yang mencari jejak Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Ketika mereka mendapati ada sarang labah-labah yang tidak diusik di mulut gua mereka berkata; Pasti tidak ada seorang pun yang memasuki gua ini. Padahal ketika itu Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam sedang mendirikan solat, sedangkan Abu Bakar menunggunya. Abu Bakar berkata; Ku korbankan ayah dan ibuku untukmu, mereka itu kaummu yang hendak membunuhmu. Demi Allah tidaklah aku ini menangis kerana mengenangkan diriku, akan tetapi aku menangis kerana takut akan menimpamu apa yang tidak aku sukai. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: Jangan engkau takut, sesungguhnya Allah bersama kita”

DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

-Imam Abu Bakar Qadhi di dalam kitabnya Musnad Abu Bakr, m/s 91.

-Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Al-Silsilah Al-Ahadis Al-Dhaifah, jilid 3, m/s 260.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

 Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini dhaif.

 

RUJUKAN:

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki