Di hari kiamat nanti manusia dipanggil beserta dengan nama ibu mereka

يُدَّعَى النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأُمَّهَاتِهِمْ سَتْراً مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِمْ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 “Di hari kiamat nanti manusia dipanggil beserta dengan nama ibu mereka sebagai rahsia Allah terhadap mereka (merahsiakan mereka adalah anak zina)”

DARJAT HADIS

 Hadis ini maudhu’ (palsu).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Al-Suyuthi di dalam kitabnya Al-La-ali’ al-Mashnu’ah, jilid 2, m/s 449.
  • Imam Ibnu al-Jauzi di dalam kitabnya Al-Maudhu’at, jilid  3 m/s 248.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Imam Ibnu Hibban menyatakan hadis mungkar
  • Imam Ibnu ‘Adi menyatakan matan hadis ini mungkar
  • Imam Ibnu Jauzi menyatakan hadis ini tidak sahih
  • Imam Al-Suyuthi menyatakan hadis ini tidak sahih dan seorang perawinya bernama Ishaq adalah Munkarul hadis
  • Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini palsu

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki