Dahulu kami (para wanita) dilarang dari berkabung atas mayat seseorang melebihi 3 hari

كنا نُنْهَى أن نُحِدَّ على مَيِّتٍ فوق ثلاثٍ، إلا على زوجٍ أربعةَ أشهرٍ وعَشْرًا، ولا نَكْتَحِلَ، ولا نتطيبَ، ولا نلبَسَ ثوبًا مَصْبوغًا إلا ثَوْبَ عَصْبٍ، وقد رُخِّصَ لنا عند الطُّهْرِ، إذا اغتسلَتْ إحدانا من مَحِيضِها، في نُبْذَةٍ مِن كُسْتِ أظفارٍ، وكنا نُنْهَى عن اتباعِ الجنائزِ .

Dahulu kami (para wanita) dilarang dari berkabung atas mayat seseorang melebihi 3 hari, kecuali atas [mayat] suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. [Selama tempoh itu], kami tidak boleh bercelak, tak boleh berwangian (memakai wangian), tidak boleh berpakaian yang beraneka warna kecuali pakaian ‘Asb (sejenis kain buatan Yaman pada zaman Nabi). Dan kami telah diberi keringanan -ketika suci [dari haid], sebaik salah seorang dari kami mandi dari haidnya- terhadap [penggunaan] sedikit wangian Kust Azfar (sejenis wangian). Dan kami juga dilarang dari mengiringi jenazah.

الراوي:أم عطية نسيبة الأنصارية
Perawi: Umm ‘Atiyyah Nasibah Al-Ansariyyah
المحدث:البخاري
Ahli Hadis: Al-Bukhari
المصدر:صحيح البخاري
Sumber: Sahih Al-Bukhari
الجزء أو الصفحة:313
Jilid atau halaman: 313
حكم المحدث:[صحيح]
Status oleh Ahli Hadis: [Sahih]
Disalin dari Hdith.com