Isteri menyediakan rotan untuk suami

Teks Bahasa Melayu : Diceritakan bahawa Fatimah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang siapakah wanita pertama yang akan masuk syurga dan beliau terkejut kerana baginda mengatakan wanita itu namanya Mutiah. Lalu Fatimah pergi mencari rumah Mutiah dan bertanya akan kehidupannya seharian. Lalu Mutiah menceritakan bahawa dia akan menyediakan rotan di sebelah hidangan. Jika makanan tidak sedap, rotan itu akan … Read More

Bilangan Nabi dan Rasul seramai 124,000

Teks Bahasa Melayu : “Wahai Rasulullah, berapakah bilangan para nabi? Rasulullah s.a.w menjawab, jumlah para nabi 124,000 orang. Manakala jumlah rasul sebanyak 313 orang secara umum.” Status : Sangat Lemah Ulasan : Ini hadis yang sangat lemah sanadnya menurut Syeikh Syuaib al-Arnauth. Ini disebabkan ada perawi yang bernama Ali bin Yazid yang mana merupakan munkar al-hadis. Bahkan ada ulama yang … Read More

Makan buah tembikai supaya mendapat anak yang cantik

Teks Bahasa Melayu : “Sesiapa yang makan tembikai akan mendapat anak yang cantik” Status : Tidak sahih Ulasan : Nabi Muhammad s.a.w memang pernah makan buah tembikai kuning semasa hayat baginda seperti yang dinyatakan dalam Syamail al-Muhammadiyyah. Namun, tiada fadhilat khusus mengenainya. Imam Ahmad menyatakan bahawa : “Tidak benar fadilat tertentu sekiranya memakan satu pun tembikai, walaupun Nabi s.a.w pernah … Read More

Peristiwa Pelik dalam Isra dan Mi’raj

Teks Bahasa Melayu : Wanita digantung rambut dan otaknya menggelegak. Wanita ini tidak menutup rambutnya di depan bukan mahramnya. Wanita yang digantung buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya. Wanita ini menyusu anak orang lain tanpa izin suaminya. Dan banyak lagi kisah wanita diazab kerana pelbagai perbuatan yang dilakukannya semasa di dunia Status : … Read More

Kepala Nabi Adam a.s. mencecah langit

Teks Bahasa Melayu : Dilaporkan bahawa kepala Nabi Adam a.s mencecah awan atau langit. Ini sehinggakan kepalanya menyondol langit sehingga kepalanya botak. Ketika baginda turun ke bumi, baginda menangis kerana akan meninggalkan syurga lalu tangisannya itu menyebabkan terciptanya lautan yang kapal boleh belayar padanya. Status : Tidak sahih Ulasan : Dr Muhammad Husain al-Zahabi menyatakan kisah ini merupakan kisah Israiliyyat … Read More