Buah kelapa ialah ubat dan keju adalah penyakit

TEKS BAHASA ARAB

الْجَوْزُ دَوَاءٌ وَالْجُبْنُ دَاءٌ فَإِذَا صَارَ فِي الجوف صار شفاء

TEKS BAHASA MALAYSIA

Buah kelapa ialah ubat dan keju adalah penyakit. Jika masuk ke dalam perut, akan menjadi penyembuh

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Ibn al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif,

وَنَحْنُ نُنَبِّهُ عَلَى أُمُورٍ كُلِّيَةٍ يعرف بِهَا كَوْنُ الْحَدِيثُ مَوْضُوعًا:

Dan kami berikan amaran terhadap perkara-perkara umum [yang melaluinya] dikenali dengannya keadaan hadis yang palsu. (Di dalam buku ini akan dijelaskan beberapa ciri umum hadis palsu.)[1]

وَمِنْهَا سَمَاجَةُ الْحَدِيثِ وَكَوْنُهُ مِمَّا يُسْخَرُ مِنْهُ كَحَدِيث

Antara ciri hadis palsu juga adalah kandungan hadis yang kasar dan mengundang celaan daripada orang yang mendengarnya.[2] …

Selepas menyebutkan ciri-ciri ke-3 untuk mengenali hadis palsu, seterusnya beliau menyebut beberapa contoh antaranya,

الْجَوْزُ دَوَاءٌ وَالْجُبْنُ دَاءٌ فَإِذَا صَارَ فِي الجَوْفِ صِارَ شِفَاء

“Buah kelapa ialah ubat dan keju adalah penyakit. Jika masuk ke dalam perut, akan menjadi penyembuh.”[3]

فلعن الله واضعه عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

            Maka, laknat Allah ke atas mereka yang berdusta atas nama Rasulullah SAW.


[1] Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf, hal. 50.
[2] Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf, hal. 54.
[3] Ibnu Jauzi meriwayatkan di dalam kitab al-Maudhu’at (3/115, 116): Beliau berkata: Palsu.

RUJUKAN

  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. 54.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal. 46.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!