Bilangan Nabi dan Rasul seramai 124,000

Teks Bahasa Melayu :

“Wahai Rasulullah, berapakah bilangan para nabi?

Rasulullah s.a.w menjawab, jumlah para nabi 124,000 orang. Manakala jumlah rasul sebanyak 313 orang secara umum.”

Status :

Sangat Lemah

Ulasan :

Ini hadis yang sangat lemah sanadnya menurut Syeikh Syuaib al-Arnauth.

Ini disebabkan ada perawi yang bernama Ali bin Yazid yang mana merupakan munkar al-hadis.

Bahkan ada ulama yang menghukum hadis ini sebagai palsu seumpama Imam Ibn al-Jauzi dalam kitabnya al-Maudhuat.