Bila salah seorang di antara kamu meninggal dunia dan telah dikebumikan maka hendaklah salah seorang di antara kamu berdiri di bahagian kepalanya

إِذَا مَاتَ الرَّجُلُ مِنْكُمْ فَدَفَنْتُمُوْهُ فَلْيَقُمْ أَحَدُكُمْ عِنْدَ رَأْسِهِ فَلْيَقُلْ : يَا فُلاَنُ بْنُ فُلاَنَةٍ فَإِنَّهُ سَيَسْمَعُ، فَلْيَقُلْ: يَا فُلاَنُ بْنُ فُلاَنَةٍ فَإِنَّهُ سَيَسْتَوِي قَاعِداً، فَلْيَقُلْ: يَا فُلاَنُ بْنُ فُلاَنَةٍ فَإِنَّهُ سَيَقُوْلُ: أَرْشِدْنِيْ أَرْشِدْنِيْ رَحِمَكَ اللهُ، فَلْيَقُلْ مَا خَرَجْتَ عَلَيْهِ مِنْ دَارِ الدُّنْيَا: شَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، وَأَنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ لاَ رَيْبَ فِيْهَا وَأَنَّ اللهَ يَبْعَثُ مَنْ فِي الْقُبُوْرِ، فَإِنَّ مُنْكَرًا وَنَكِيْرًا يَأْخُذُ كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا بِيَدِ صَاحِبِهِ وَيَقُوْلُ لُهُ: مَا نَصْنَعُ عِنْدَ رَجُلٍ قَدْ لَقِنَ حُجَّتَهُ؟ فَيَكُوْنُ اللهُ حَجِيْجَهُمَا دُوْنَهُ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 “Bila salah seorang di antara kamu meninggal dunia dan telah dikebumikan maka hendaklah salah seorang di antara kamu berdiri di bahagian kepalanya lalu berkata: “Wahai fulan bin fulanah”, sesungguhnya si mati itu akan mendengar. Lalu katakanlah: “Wahai fulan bin fulanah”, si mati itu akan duduk dengan tegak. Kemudian katakanlah lagi: “Wahai fulan bin fulanah”, maka si mati akan menjawab: “Tunjukkanlah aku, tunjukkanlah aku semoga Allah merahmati kamu”. Kemudian katakanlah: “Ingatlah dengan apa yang telah kamu keluar dari alam dunia; iaitu persaksian bahawasannya tidak ada tuhan melainkan Allah semata, yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan bahawasannya Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Dan bahawasannya kiamat pasti datang, tanpa ada keraguan, dan Allah membangkitkan orang yang ada di dalam kubur”. Sesungguhnya Munkar dan Nakir masing-masing memegang tangan penghuni kubur seraya berkata kepadanya; Apa yang harus kita lakukan kepada mayat yang telah diperdengarkan hujahnya?. Maka telah cukuplah Allah sebagai hujah bagi kedua malaikat tanpa bertanya kepadanya”

 DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Al-Hafiz Al-’Iraqi di dalam kitabnya Takhrij Al-Ihya’, jilid 4, m/s 420.
  • Imam Ibnu Al-Qayyim di dalam kitabnya Zad al-Ma’ad, jilid 1, m/s 206.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini Munkar

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki