Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu

Teks Bahasa Arab:

يا علي اذا دخلت العروس بيتك فاخلع خفيها واغسل رجليها وصب الماء على باب دارك يخرج الله عنك سبعين بابا من الفقر، ويأمن العروس من الجنون والجذام والبرص ما دامت في تلك الدار، وامنع العروس أسبوعا من اللبان والخل والكزبرة والتفاحة الحامضة فإن ذلك يعقم الرحم، حصير في البيت خير من امرأة لا تلد.

قَالَ ابْن حبَان: وَذكر حَدِيثا طَويلا فِي ورقتين.

Teks Bahasa Melayu:

“Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh dia) tanggalkan kasutnya ketika dia duduk dan (suruh dia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat (4) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam
Saidina Ali r.a bertanya :

“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”
Baginda menjawab :

“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”
Saidina Ali r.a ! bertanya :

“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).”
Baginda menjawab :

“Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”

Sumber:

Kajian Dr Rozaimi

Perawi

Abdullah bin Wahb Al-Nasawi (عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ النَّسَوِيُّ)

Status

Palsu

Ulasan Pengkaji Hadis:

Hadis ini palsu kerana ia diriwayatkan oleh Abdullah bin Wahb al-Nasawi. Dia digelar dajjal (sangat berdusta) oleh Imam al-Suyuthy dalam al-Laali al-Masnu’ah (jld 2, hlm 142), Ibn al-Arraq al-Kinani dalam Tanzih al-Syariah (jld. 2, hlm. 199) al-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmu’ah (hlm. 126) dan Ibn Hibban dalam Al-Majruhin (jld. 2, hlm. 43)

 

Rujukan:

  1. Al-Laali Al-Masnu’ah Fi Al-Ahadith Al-Maudu’ah (jld. 2, hlm 142)
  2. Tanzih Al-Syariah Al-Marfu’ah ‘An Al-Akhbar Al-Syani’ah (jld. 2, hlm. 199)
  3. Al-Fawaid Al-Majmu’ah Fi Al-Ahadith Al-Maudu’ah (hlm. 126)
  4. Al-Maudu’at Li Ibn Jauzi (Jld. 2, hlm. 267)
  5. Talkhis Kitab Al-Maudu’at Li Ibn Jauzi (Hlm. 232)
  6. Al-Majruhin (Jld. 2, hlm. 43)