Biawak Beriman

Teks Bahasa Melayu :

Diceritakan seorang Arab Badwi yang membawa seekor dhab (biawak padang pasir) lalu terserempak dengan baginda Nabi s.a.w. Lalu dia menyatakan kebenciannya terhadap Nabi s.a.w. Dia tidak beriman dengan baginda Nabi s.a.w sehinggalah dhab yang dibawanya beriman dengan Nabi s.a.w. Lalu Nabi s.a.w memanggil biawak itu dan biawak itu menjawab dan menyatakan keimanannya terhadap baginda.

Status :

Palsu

Ulasan :

Kisah ini diriwayatkan dalam kitab Dalail al-Nubuwwah oleh al-Baihaqi dan juga dalam kitab Jami’ al-Ahadith oleh al-Suyuti

Dalam kitab Al-Mizan, al-Zahabi menyatakan bahawa kisah ini batil.

Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab Talkhis al-Habir pula menyatakan sanad hadis ini lemah.

Rujukan :

  1. KItab Al-Mizan oleh al-Zahabi
  2. Talkhis al-Habir oleh Ibn Hajar al-Asqalani

Sumber :

40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur