Bersegeralah melakukan amal soleh sebelum datangnya tujuh perkara

بَادِرُوْا بِالأَعْمَالِ سَبْعاً، هَلْ تَنْتَظِرُوْنَ إِلاَّ مَرَضاً مُفْسِداً وَهَرَماً مُفَنَّداً أَوْ غِنًى مُطْغِيّاً أَوْ فَقْراً مُنْسِيّاً أًوْ مَوْتاً مُجَهَّزاً أَوْ الدَّجَّالَ فشر غائب يُنْتَظَرُ أَوِ السَّاعَةَ وَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمُرُّ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:  

“Bersegeralah melakukan amal soleh sebelum datangnya tujuh perkara iaitu: Adakah kalian menanti penyakit yang merosakkan, menjadi tua, kaya yang menyebabkan berlebih-lebihan, kefakiran yang membuatkan lupa, kematian yang terasa cepat datangnya, dajjal yang merupakan kejahatan yang dinantikan, atau kiamat. Padahal kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit”

DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

-Imam Al-Tirmizi di dalam kitab Sunannya jilid 4 m/s 552.

-Imam Ibnu ‘Adi di dalam kitabnya Al-Kamil jilid 8 m/s 194.

-Imam Al-’Uqaili di dalam kitabnya Al-Dhuafa’ jilid 4 m/s 230.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini lemah

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki