Berniaga 9/10 dari punca rezeki

Teks Arab : 

قال : وثنا قال : وثنا خالد بن عبد الله ، ثنا داود بن أبي هند ، عن نعيم بن عبد الرحمن ، قال : بلغني أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ” تسعة أعشار الرزق في التجارة ” . قال نعيم : العشر الباقي في السائمة ، يعني : الغنم

Teks BM :

Kata Nuaim bin Abd Rahman: telah sampai kepadaku bahawa Nabi saw bersabda: 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan. Kata Nuaim: 1/10 yang berbaki (dari rezeki) datang dari pengembalaan yakni gembala kambing.

– Lafaz ini diriwayatkan oleh Musaddad dalam musnadnya (Lihat: Ibn Hajar, al-Matalib al-‘aliah, jld. 7, hal. 352)

– Abu Ubaid juga menyebut hadis ini dalam kitabnya Gharib al-hadith (jld. 1, hal. 299)

Status :

Dhaif

Sumber : 

Kajian Dr Rozaimi

Ulasan pengkaji hadis :

– Al-Busiri menyatakan bahawa sanad hadis ini lemah disebabkan Nuaim itu tidak dikenali. (Rujuk: Ithaf al-Khiarah, jld. 3, hal. 77)

– Abu Hatim al-Razi menyatakan bahawa beliau meriwayatkan hadis dari Nabi secara mursal (terputus sanad), ini bermakna beliau adalah tabi’in dan bukannya sahabat. Ini bermakna sanadnya terputus. (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta’dil, jld. 8, hal. 461)

– Dakwaan Ibn Mandah bahawa beliau adalah sahabat tidak benar kerana al-Bukhari (rujuk: al-Tarikh al-Kabir, jld. 8, hal. 97) Ibn Hibban (rujuk: al-Thiqat, jld. 5, hal. 477) dan Abi Hatim al-Razi (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta’dil, jld. 8, hal. 461) menyatakan beliau adalah tabi’in. Pandangan inilah yang disokong oleh Ibn Hajar. (rujuk: al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, jld. 6, Hal. 510) –

Kesimpulan: Hadis ini daif kerana mursal (sanadnya terputus)

Hadis ini juga diriwayatkan dari jalur Yahya bin Jabir al-Taii riwayat Said bin Mansur dalam sunannya seperti yang disebut oleh al-Suyuti dalam kitabnya al-Jami’ dan ia juga daif disebabkan mursal (sanadnya terputus). (Rujuk: al-Suyuti, al-Jami’ al-Saghir, jld. 14, hal. 55)

2. Terdapat juga hadis lain dengan makna yang lebih kurang sama dengan hadis di atas:

– يا معشر قريش لا يغلبنكم الموالي على التجارة فإن الرزق عشرون بابا تسعة عشر منها للتاجر وباب واحد منها للصانع وما أملق تاجر صدوق إلا فاجر حلاف مهين

Maksudnya: Wahai sekalian Quraisy, jangan biarkan bangsa asing menguasai perniagaan, sesungguhnya rezeki itu mempunyai 20 pintu, 19 daripadanya adalah daripada perniagaan dan satu pintu (rezeki) lagi daripada pembuat (manufacturer). Sekali-kali peniaga yang bercakap benar tidak akan menjadi miskin kecuali jika dia jahat (penipu) selalu bersumpah dan hina.

Hadis ini riwayat Ibn al-Najjar (rujuk: kanz al-Ummal, jld. 4, hal. 60) dan al-Dailami (rujuk: al-Firdaus, jld. 5, hal. 287) daripada Ibn Abbas.

Kesimpulan :

Tidak ada satu riwayat pun sahih@hasan dalam bab ini. Manakala hadis-hadis ini juga tidak boleh dinaiktaraf menjadi hasan lighairih kerana sebahagiannya daif jiddan dan sebahagian lainnya pula tidak mempunyai lafaz bilangan pintu rezeki yang dinyatakan. Maka semua riwayat dalam bab ini daif. Wallahua’lam.

Rujukan :

  1. Ithaf al-Khiarah, jld. 3, hal. 77 Ibn Abi Hatim,
  2. al-Jarh wa al-Ta’dil, jld. 8, hal. 461
  3. al-Tarikh al-Kabir, jld. 8, hal. 97
  4. al-Thiqat, jld. 5, hal. 477
  5. Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta’dil, jld. 8, hal. 461
  6. al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, jld. 6, hal. 510
  7. al-Suyuti, al-Jami’ al-Saghir, jld. 14, hal. 55
  8. Kanz al-Ummal, jld. 4, hal. 60)
  9. al-Dailami, al-Firdaus, jld. 5, hal. 287