Barangsiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari secara berjema’ah

عن أنس بن مالك ـ رضي الله عنه ـ قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِي جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنْ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنْ النِّفَاقِ

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, ia mengatakan, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari secara berjema’ah dengan mendapatkan TAKBIR PERTAMA (takbiratul ihramnya imam), maka ditulis untuknya dua kebebasan, iaitu kebebasan dari api neraka dan kebebasan dari sifat kemunafikan.” (HR Tirmidzi No: 241)

Kata Dr. Rozaimi -Hafizahullah-(Moga Allah Memelihara Beliau):

Saya ditanya tentang status hadis di bawah ini:

Salam Dr Rozaimi,

Boleh tahu status hadith poster ini ?

DR ROZAIMI RAMLE MENJAWAB :

Waalaikumussalam,

Ini hadith penuh:

عن أنس بن مالك ـ رضي الله عنه ـ قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِي جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنْ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنْ النِّفَاقِ

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, ia mengatakan, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari secara berjema’ah dengan mendapatkan TAKBIR PERTAMA (takbiratul ihramnya imam), maka ditulis untuknya dua kebebasan, iaitu kebebasan dari api neraka dan kebebasan dari sifat kemunafikan.” (HR Tirmidzi No: 241)

Status hadith ini SHAHIH.

Hadits ini menerangkan tentang dua keutamaan besar bagi orang yang melaksanakan solat berjema’ah selama 40 (empat puluh) hari tanpa terlambat dari takbiratul ihram bersama imam.

Dua keutamaan besar tersebut ialah: Selamat dari siksa Api Neraka di akhirat DAN selamat dari kemunafikan di dunia. Wallahua’lam

Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

Image may contain: text
Sumber
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith
https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/1639689229391904:0