Barangsiapa yang keluar rumah pergi solat

من خرج من بيته إلى الصلاة فقال : اللهم إني أسألك بحق السائلين عليك، وأسألك بحق ممشاي هذا ……… أقبل الله عليه بوجهه واستغفر له ألفُ ملكٍ

Barangsiapa yang keluar rumah pergi solat dan mengucapkan: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan hak orang yang memohon kepadaMu dan aku memohon dengan hak perjalanan ini………… Allah akan mengadap wajahnya dan seribu malaikat akan memohon keampunan untuknya.

Status

Lemah (Dha’if)

Ulasan

ضعفه المنذري، قال البوصيري: سنده مسلسل بالضعفاء. قال الألباني : ضعيف. “الترغيب والترهيب” للمنذري (3/272) . “سنن ابن ماجه” (1/256) .

Al-Munziri telah mendha’ifkannya. Kata Al-Busiri: Sanadnya musalsal dengan para dhu’afa’ (perawi-perawi lemah). Kata al-Albani: Dhaif. [rujuk] Al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri (3/272). Sunan Ibn Majah (1/256).

Sumber

100 Hadis dari Hadis-hadis Lemah dan Palsu yang Tersebar diantara Para Khatib dan Para Wu’az oleh Ihsan bin Muhammad al-‘Utaiby (مئة حديث من الأحاديث الضعيفة والموضوعة منتشرة بين الخطباء والوعاظ لإحسان بن محمد العتيبي)