Barangsiapa membaca surah yasin

Teks Bahasa Arab:

من قرأ يس غفر له و من قرأها و هو جائع شبع و من قرأها و هو ضال هدى و من قرأها و له ضالة وجدها و من قرأها على طعام خاف قلته كفاه و من قرأها عند ميت هون عليه و من قرأها عند امرأة يخشى عليها ولدها يسر عليها

Teks Bahasa Melayu:

“Barangsiapa membaca surah yasin dia akan mendapat keampunan Allah dan jika dibaca ketika lapar akan menjadi kenyang, sesiapa yang membacanya ketika barangnya hilang akan menjumpainya, sesiapa yang membacanya di sisi mayat maka akan diringankan ke atasnya dan sesiapa yang membacanya kepada perempuan yang ditakuti (keselamatan) anaknya maka akan dipermudahkan urusannya”

Status:

Dhaif (lemah)

Ulasan Pengkaji Hadis

Riwayat Abu Qilabah (Rujuk: Syu’ab al-Iman, jld. 2, hlm. 481, no hadis: 2467) Tetapi riwayat ini terdapat sedikit perbezaan dari riwayat Ali. kerana riwayat ini tidak disandarkan kepada Nabi sallallah alaih wasallam sebaliknya ia disandarkan kepada Abu Qilabah. Berikut sebahagian lafaznya:

من قرأ يس غفر له و من قرأها و هو جائع شبع و من قرأها و هو ضال هدى و من قرأها و له ضالة وجدها و من قرأها على طعام خاف قلته كفاه و من قرأها عند ميت هون عليه و من قرأها عند امرأة يخشى عليها ولدها يسر عليها

Maksudnya: Sesiapa yang membaca Yasin diampunkan baginya dan sesiapa yang membacannya ketika lapar akan kenyang, sesiapa membacanya ketika sesat maka akan dapat petunjuk, sesiapa yang membacanya ketika barangnya hilang akan menjumpainya, sesiapa yang membacanya ke atas makanan yang dia takut ia tidak mencukupi maka ia akan mencukupi, sesiapa yang membacanya di sisi mayat maka akan diringankan ke atasnya dan sesiapa yang membacanya kepada perempuan yang ditakuti (keselamatan) anaknya maka akan dipermudahkan urusannya…

Riwayat ini daif bahkan munkar kerana ada 2 kecacatan:

  1. Terdapat perawi daif yang bernama al-Khalil bin Murrah al-Basri. Beliau daif pada majoriti ulama hadis semisal al-Bukhari, Abu Hatim, al-Tirmizi, ِAbu al-Walid al-Tayalisi dan Ibn Adiyy dan beliau juga banyak meriwayatkan hadis munkar. (Rujuk: al-Majruhin, jld. 1, hlm. 322, Tahzib al-Tahzib, jld. 9, hlm. 100, no perawi: 319)

 

  1. Tafarrud iaitu bersendirinya beliau dalam riwayat ini. Walaupun Ibn Adiy menyatakan bahawa status beliau tidak sampai kepada tahap perawi matruk (ditinggalkan) tetapi status beliau yang banyak meriwayatkan hadis munkar ditambah pula beliau bersendiri dalam meriwayatkan riwayat ini, maka ia menguatkan petunjuk (qarinah) bahawa hadis ini munkar. Tambahan pula beliau meriwayatkan hadis ini dari Ayub al-Sakhtiyani yang mempunyai beberapa anak murid kanan. Mengapa tidak ada seorang pun anak murid kanan beliau meriwayatkan hadis ini? Dengan itu saya mempunyai kecenderungan bahawa riwayat ini munkar.

Rujukan:

  1. al-Majruhin, jld. 1, hlm. 322,
  2. Tahzib al-Tahzib, jld. 9, hlm. 100, no perawi: 319
  3. Syu’ab al-Iman, jld. 2, hlm. 481

Sumber:

Kajian Dr Rozaimi

Lihat juga:

Blog Dr Rozaimi, Fiqh al-Sunnah