Bagi Allah, tiga malaikat yang ditugaskan iaitu malaikat yang menjaga Ka’bah

TEKS BAHASA ARAB

لِلَّهِ ثَلاثَةُ أَمْلاكٍ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ بِالْكَعْبَةِ، وَمَلَكٌ مُوَكَّلٌ بِمَسْجِدِي هَذَا، وَمَلَكٌ مُوَكَّلٌ بِالْمَسْجِدِ الأَقْصَى، فَأَمَّا الْمُوَكَّلُ بِالْكَعْبَةِ فَيُنَادِي فِي كُلِّ يَوْمٍ مَنْ تَرَكَ فَرَائِضَ اللَّهِ خَرَجَ مِنْ أَمَانِ اللَّهِ، وَأَمَّا الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِمَسْجِدِي هَذَا فَيُنَادِي فِي كُلِّ يَوْمٍ مَنْ تَرَكَ سُنَّةَ مُحَمَّدٍ لَمْ يَرِدِ الْحَوْضَ وَلَمْ تُدْرِكْهُ شَفَاعَةُ مُحَمَّدٍ، وَأَمَّا الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِالْمَسْجِدِ الأَقْصَى فَيُنَادِي فِي كُلِّ يَوْمٍ مَنْ كَانَتْ طُعْمَتُهُ حَرَامًا كَانَ عَمَلُهُ مَضْرُوبًا بِهِ حُرَّ وَجْهِهِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagi Allah, tiga malaikat yang ditugaskan iaitu malaikat yang menjaga Ka’bah, malaikat yang menjaga masjidil haram dan malaikat yang menjaga masjid al-Aqsa, adapun malaikat yang menjaga Ka’bah pada setiap hari akan mendoakan kepada sesiapa yang meninggalkan kewajipan kepada Allah supaya keluar daripada keamanaan Allah, manakala malaikat yang menjaga masjidil haram, pada setiap hari akan mendoakan sesiapa yang meninggalkan sunnah nabi tidak akan dapat minum dari kolam nabi dan tidak dapat syafaat daripada nabi , manakala malaikat yang menjaga masjidil Aqsa pada setiap hari akan mendoakan kepada sesiapa yang makan makanan yang haram amalannya tidak akan diterima dan nikmat ketenangan akan ditarik dari wajahnya 

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Ibn Iraq Al-Kinani dalam Tanzih al-Syariah (kitab yang menghimpunkan hadis-hadis palsu),

(2) [حَدِيثٌ] ” لِلَّهِ ثَلاثَةُ أَمْلاكٍ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ بِالْكَعْبَةِ، وَمَلَكٌ مُوَكَّلٌ بِمَسْجِدِي هَذَا، وَمَلَكٌ مُوَكَّلٌ بِالْمَسْجِدِ الأَقْصَى، فَأَمَّا الْمُوَكَّلُ بِالْكَعْبَةِ فَيُنَادِي فِي كُلِّ يَوْمٍ مَنْ تَرَكَ فَرَائِضَ اللَّهِ خَرَجَ مِنْ أَمَانِ اللَّهِ، وَأَمَّا الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِمَسْجِدِي هَذَا فَيُنَادِي فِي كُلِّ يَوْمٍ مَنْ تَرَكَ سُنَّةَ مُحَمَّدٍ لَمْ يَرِدِ الْحَوْضَ وَلَمْ تُدْرِكْهُ شَفَاعَةُ مُحَمَّدٍ، وَأَمَّا الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِالْمَسْجِدِ الأَقْصَى فَيُنَادِي فِي كُلِّ يَوْمٍ مَنْ كَانَتْ طُعْمَتُهُ حَرَامًا كَانَ عَمَلُهُ مَضْرُوبًا بِهِ حُرَّ وَجْهِهِ “

(خطّ) مِنْ حَدِيثِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُود، وَقَالَ: مُنكر، وَرِجَاله ثِقَات سوى أَحْمد بن رَجَاء بن عُبَيْدَة وَمُحَمّد ابْن مُحَمَّد بن إِسْحَق الْبَصْرِيّ فمجهولان، وَقَالَ السُّيُوطِيّ: قَالَ الذَّهَبِيّ فِي الْمِيزَان هَذَا خبر كذب.

(2) [Hadith] “Bagi Allah, tiga malaikat yang ditugaskan iaitu malaikat yang menjaga Ka’bah, malaikat yang menjaga masjidil haram dan malaikat yang menjaga masjid al-Aqsa, adapun malaikat yang menjaga Ka’bah pada setiap hari akan mendoakan kepada sesiapa yang meninggalkan kewajipan kepada Allah supaya keluar daripada keamanaan Allah, manakala malaikat yang menjaga masjidil haram, pada setiap hari akan mendoakan sesiapa yang meninggalkan sunnah nabi tidak akan dapat minum dari kolam nabi dan tidak dapat syafaat daripada nabi , manakala malaikat yang menjaga masjidil Aqsa pada setiap hari akan mendoakan kepada sesiapa yang makan makanan yang haram amalannya tidak akan diterima dan nikmat ketenangan akan ditarik dari wajahnya”

(خط) daripada hadith ‘Abdillah bin Mas’ud, dan dia telah berkata: munkar dan rijalnya thiqah melainkan Ahmad bin Raja’ bin ‘Ubaidah dan Muhammad Ibn Muhammad bin Ishaq al-Basri, keduanya ini majhul, as-Suyuti telah berkata: az-Zahabi telah berkata di dalam ‘al-Mizan’ ini adalah khabar dusta.

RUJUKAN

  • ‘Alī bin Muḥammad, Ibn. ‘Irāq al-Kinani. (1399). Tanzīḥ al-Sharī‘ah al-Marfū‘ah ‘an al-Akhbār al-Shanī‘ah al-Mawdū‘ah. (‘Abd al-Wahhāb ‘Abd Al-Laṭīf & ‘Abd Allāh Muḥammad al-Ṣiddīq Al-Ghummārī, Eds.). Bayrūt: Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, jil. 1, hal. 170.

MAKLUMAN

Maklumat ini telah dimasukkan disini melalui Projek Tanzih yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!

Sekiranya ada kesilapan terjemahan mohon maklumkan kepada kami di admin@semakhadis.com.