Apabila umatku telah melakukan 15 perkara

إذا فعلت أمتي خمسَ عشرةَ خصلةً حلَّ بها البلاءُ

Apabila umatku telah melakukan 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka,

قيل وما هي يا رسولَ اللهِ

seraya Baginda ditanya: Apakah perkara-perkara itu Ya Rasulullah?

قال إذا كان المغنَمُ دولًا والأمانةُ مغنمًا والزكاةُ مغرمًا

Baginda bersabda: (1) Apabila harta negeri / negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja, (2) apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan, (3) zakat dijadikan hutang,

وأطاع الرجلُ زوجتَه وعقَّ أمَّه وبرَّ صديقَه وجفا أباهُ

(4) suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat), (5) anak derhaka terhadap ibunya, (6) akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya, (7) dia (anak) menjauhkan diri daripada ayahnya,

وارتفعتِ الأصوات في المساجدِ وكان زعيمُ القومِ أرذُلهم وأُكرِمَ الرجلُ مخافةَ شرِّه

(8) suara ditinggikan di dalam masjid, (9) yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka, (10) seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya,

وشُربتٍ الخمورُ ولبسَ الحريرُ واتخذتِ القيانُ والمعازفُ

(11) arak diminum (secara berleluasa), (12) kain sutera dipakai (oleh kaum lelaki tanpa darurat), (13) para artis disanjung-sanjung, (14) muzik banyak didendangkan,

ولعن آخرُ هذه الأمةِ أولَها فلْيرتقبوا عند ذلك ريحًا حمراءَ أو خسفًا أومسخًا

(15) dan generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para umat terdahulu). Maka pada ketika itu mereka akan menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk lain

الراوي:علي بن أبي طالب
Perawi: Ali bin Abi Talib
المحدث:الترمذي
Ahli Hadis: At-Tirmizi
المصدر:سنن الترمذي
Sumber: Sunan At-Tirmizi
الجزء أو الصفحة:2210
Jilid atau halaman: 2210
حكم المحدث:غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه [فيه] الفرج بن فضالة تكلم عليه وضعفه من قبل حفظه
Status oleh Ahli Hadis: Ia adalah hadis Gharib (ganjil), Kami tidak mengetahuinya melainkan dari wajah ini. Padanya terdapat Al-Farj bin Fadhalah yang “diperkatakan tentangnya” dan di”lemah”kan dia dari sudut hafalannya.
Disalin dari Hdith.com oleh Semakhadis.com