Apabila umatku melakukan lima belas perkara, maka halal untuk ditimpa bencana

إِذَا فُعِلَتْ أُمَّتِي خَمْسَ عَشْرَةَ خَصْلَةً حَلَّ بِهَا الْبَلاَءُ : إِذَا كَانَ الْمَغْنَمُ دُوْلاً ، وَاْلأَمَانَةُ مَغْنَماً ، وَالزَّكَاةُ مَغْرَماً ، وَاَطَاعَ الرَّجُلُ زَوْجَتَهُ، وَعَقَّ اُمَّهُ، وَبَرَّ صَدِيْقَهُ، وَجَفَا اَبَاهُ وَارْتَفَعَتِ اْلاَصْوَاتِ فِي الْمَسْاجِدِ، وَكَانَ زَعِيْمُ الْقَوْمِ اَرْذَلُهُمْ ، وَاَكْرَمُ الرَّجُلِ مُخَالَفَةَ شَرِّهِ ، وَشُرِبَ  الْخَمْرُ ، وَلُبِسَ الْحَرِيْرُ، وَاتُّخِذَتِ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ، وَلَعَنَ آخِرُ هَذِهِ  اْلاُمَّةِ  اَوَّلَهَا ، فَلْتَرْتَقِبُوْا  عِنْدَ ذَلِكَ  رِيْحًا  حَمْرَاءَ، وَخَسَفًا وَمَسْخًا

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:  

“Apabila umatku melakukan lima belas perkara, maka halal untuk ditimpa bencana. Apabila hasil rampasan perang hanya untuk mereka saja, amanat dianggap sebagai miliknya, zakat dijadikan sebagai pembayaran hutang, suami mentaati isteri, menderhakai ibunya tetapi berbuat baik kepada kawannya dan memutuskan hubungan dengan ayahnya, meninggikan suara di dalam masjid, pemimpin suatu kaum adalah yang paling keji di antara mereka, dimuliakannya seseorang kerana ditakuti kejahatannya, arak telah menjadi minuman biasa, sutera telah biasa dipakai, biduanita dan muzik digunakan, generasi terakhir ummat ini mengutuk generasi pertamanya. Oleh kerana itu apabila telah nyata tanda-tandanya hendaklah kamu berwaspada akan datangnya badai dahsyat atau terbenam-nya tanah dan musnahnya apa yang ada di muka bumi”

 

DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

-Imam Al-Tirmizi di dalam kitabnya Sunan, jilid 2, m/s 33.

-Imam Al-Khatib Al-Baghdadi di dalam kitabnya Tarikh Al-Baghdad, jilid 3, m/s 158.

 

 KETERANGAN ULAMA HADIS:

-Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini dhaif.

-Sheikh Abdul Qadir al-Arnauth menyatakan hadis ini dhaif dan terputus.

 

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki