Apabila seorang hamba meninggalkan doa untuk kedua ibubapanya

إذا ترك العبد الدعاء للوالدين فإنه ينقطع على الولد الرزق في الدنيا

Apabila seorang hamba meninggalkan doa untuk kedua ibubapanya maka ia memutuskan rezekinya di dunia

Status

Matruk (terlalu dhaif)

Ulasan Dr Rozaimi

Hadis ini adalah riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari jalur Anas. Ia adalah hadis MATRUK (terlalu daif) kerana perawinya yang bernama al-Juwaibari yang dikesan selalu menipu dalam urusan hidupnya.

(Lihat: Ibn al-Jauzi, al-Maudhuat, jld. 3, hlm. 86, al-Suyuti, al-Laali al-Masnu’ah, jld. 2, hlm. 250, al-Zahabi, Talkhis al-Maudhu’at, hlm. 279)

*walaubagaimanapun doa ke atas ibubapa semangnya dituntut.

Sumber: Blog Dr Rozaimi