Apabila seorang hamba mendirikan solat maka dia berada di antara dua mata ar-Rahman (Allah)

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا قَامَ فِي الصَّلاَةِ فَإِنَّهُ بَيْنَ عَيْنَيْ الرَّحْمَنِ فَإِذَا الْتَفَتَ قَالَ لَهُ الرَّبُّ يَا ابْنَ آدَمَ إَلَى مَنْ تَلْتَفِتُ؟ إِلَى مَنْ هُوَ خَيْرٌ لَكَ مِنِّي؟ ابْنَ آدَمَ أَقْبِلْ عَلَى صَلاَتِكَ فَأَنَا خَيْرٌ لَكَ مِمَّنْ تَلْتَفِتُ إِلَيْهِ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Apabila seorang hamba mendirikan solat maka dia berada di antara dua mata ar-Rahman (Allah), apabila dia berpaling, maka Tuhan berfirman: Wahai anak Adam, kepada siapakah engkau berpaling? (Menghadap) kepada siapakah yang lebih baik bagimu daripada-Ku? Wahai anak Adam, menghadaplah kepada-Ku pada solatmu, Aku lebih baik bagimu daripada seluruh tempat yang kau berpaling ke arahnya

DARJAT HADIS

  • Hadis ini bertaraf dhaif jiddan (sangat dhaif).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Al-’Uqaili di dalam kitabnya Al-Dhu’afa Al-Kabir, jilid 1, m/s 70.
  • Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Al-Silsilah Al-Ahadis Al-Dhaifah, No 1024.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Imam Al-’Uqaili menyatakan pada sanad ini ada perawi bernama Ibrahim bin Yazid.  Imam Yahya berkata bahawa hadisnya tidak menjadi hujjah, Imam Al-Bukhari menyatakan hadisnya didiamkan (tidak diriwayatkan).
  • Sheikh Al-Albani menyatakan hadisnya sangat dhaif

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki