Apabila selesai daripada sembahyang

Teks Bahasa Arab

إذا انفتل من صلاته مسح وجهه بيده اليمنى , ثم قال : ” بسم الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم اللهم أذهب عني الهم والحزن”

Teks Bahasa Melayu

Apabila selesai daripada sembahyang menyapu dengan tangannya di atas kepalanya dan dibacanya: “Dengan nama Allah tiada tuhan (patut disembahkan) melainkan Dia bersifat dengan al-Rahman, al-Rahim. Ya Allah ya tuhan kami hapuskanlah daripada saya akan kebimbangan dan kedukaan.”

Status

Sangat lemah

Ulasan Pengkaji

Apabila diperhatikan matan hadith ternyata sebagaimana matan hadith diriwayatkan oleh al-Tabarani (al-Mu’jam al-Kabir) dan ibn al-Sunni (‘Amal al-Yaum wa al-Lailah) daripada hadith Anas bin Malik.

Berkata Ibn Hajar al-‘Asqalani:

“Hadith ini dan hadith seerti dengannya ialah Hadith Dhai’f Jiddan. Kerana terdapat pada sanad-sanadnya itu tiga orang perawi bermasalah, iaitu Zaid al-‘Ammy: beliau adalah perawi dha’if, Salam al-Tawil: beliau adalah perawi bersangatan dha’if dan Daud al-Muhbir: beliau ialah perawi pendusta (Al-Futuhat al-Rabbaniyah, Muhammad bin ‘Allan).

Rujukan

  1. Al-Tabarani. (1987). al-Mu’jam al-Kabir. Beirut: Dar al-Ma’rifah. Jilid 4 h. 124.
  2. Ibn al-Sunni. (1408 H.) ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah. Beirut: Dar al-Ma’rifah. Hadith nombor 44.
  3. Muhammad bin ‘Allan. (1374). Al-Futuhat al-Rabbaniyyah. Mesr: Dar Ibn al-Qayyim. Jilid 1 h. 58.

Sumber

Isu-Isu Takhrij Hadith Dalam Masyarakat Islam di Thailand oleh Prof Madya Abdullah Benyusuf Kareena