Apabila salah seorang di antara kalian sampai ke suatu saf yang telah penuh, maka hendaklah dia menarik seorang dari saf itu untuk berdiri di tepinya

إِذَا انْتَهَى أَحَدُكُمْ إِلَى الصَّفِّ وَقَدْ تَمَّ فَلْيَجْبِذْ إِلَيْهِ رَجُلاً يُقِيْمُهُ إِلَى جَنْبِهِ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Apabila salah seorang di antara kalian sampai ke suatu saf yang telah penuh, maka hendaklah dia menarik seorang dari saf itu untuk berdiri di tepinya

DARJAT HADIS

  • Hadis ini bertaraf dhaif (lemah)

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Ibnu Hajar di dalam kitabnya Al-Talkhis Al-Habir, jilid 2, m/s 37.
  • Imam Al-Thabarani di dalam kitabnya Al-Mu’jam Al-Awsath, jilid 1, m/s 33.

 

 KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Imam Al-Thabarani menyatakan bahawa dia tidak melihat hadis lain yang disandarkan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam kecuali hadis ini akan tetapi perawi meriwayatkannya iaitu Bisyr bin Ibrahim bersendirian dalam meriwayatkannya.
  • Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini dhaif.

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki