Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menggunting rambutnya, ataupun mengerat kukunya ataupun berbekam

كَانَ إِذَا أَخَذَ مِنْ شَعْرِهِ أَوْ قَلَمَ أَظْفَارِهِ ، أَوِ احْتَجَمَ بَعَثَ بِهِ إِلَى الْبَقِيْعِ فَدَفَنَ

Dikatakan bahawa apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menggunting rambutnya, ataupun mengerat kukunya ataupun berbekam, maka baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam akan membawanya (rambut, kuku dan darah yang dibekam) ke tanah perkuburan Baqie’ lalu menanamnya”

 

DARJAT HADIS

 Hadis ini bertaraf  maudhu’(palsu).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

-Imam Ibnu Abi Hatim di dalam kitab Al-’Ilal, jilid 2, m/s 337.

-Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Al-Silsilah Al-Ahadis Al-Dhaifah,  m/s 149.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

Imam Abu Zur’ah mengatakan hadis ini bathil tidak ada asalnya

-Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini juga bathil

 

RUJUKAN:

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki