Anak hasil zina tidak masuk syurga

Teks Bahasa Melayu :

“Anak hasil zina tidak akan masuk syurga hingga tujuh keturunan.”

Status :

Palsu

Ulasan :

Syeikh al-Ajluni berkata dalam kitabnya Kasyf al-Khafa’ menyatakan, hadis ini masyhur di sisi manusia dan tiada asal baginya.

Syeikh Mulla Ali al-Qari dalam kitab beliau al-Asrar al-Marfuah pula berkata hadis ini palsu.

Anak hasil zina tidak turut menanggung dosa zina yang dilakukan oleh kedua ibu dan ayahnya. Ini kerana ia bukan kesalahan anak tersebut namun ia kesalahan kedua ibu bapanya.

Allah s.w.t berfirman :

“Dan seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.”

(Surah al-An’am ayat 164)

Rujukan :

  1. Kasyf al-Khafa’
  2. al-Asrar al-Marfuah

Sumber :

40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur