Anak-anak sebelum sampai baligh …

Teks Bahasa Melayu:

”Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.” ( H.R. Imam Anas bin Malik r.a.)

Status:

Dhaif

Sumber :

Kajian Dr Rozaimi

Ulasan Pengkaji Hadis :

Hadis ini pula berdasarkan penilaian saya adalah daif kerana perawinya yang bernama Makruf al-Khayyat. Dia dinilai daif oleh Abu Hatim al-Razi dan Ibn Adiyy. Benar Ibn Hibban menyatakan beliau dalam kitab al-Tsiqat tetapi ia bermakna beliau tidak berdusta cuma ingatan beliau lemah. Oleh itu, Ibn Hajar menyatakan beliau daif dalam Taqrib al-Tahzib.

Rujukan :

  1. Tahzib al-Tahzib, jld. 32, hlm. 324,
  2. Taqrib al-Tahzib, jld. 2, hlm. 540