Allah Ta‘ala didindingkan daripada mata hati

TEKS BAHASA ARAB

(( إن الله احتجب عن البصائر كما احتجب عن الأبصار وان الملأ الأعلى يطلبونه كما يطلبونه ))

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawasanya Allah Ta‘ala didindingkan daripada mata hati, yakni tiada dapat sampainya memikirkan hakikatNya seperti barang yang didindingkan daripada segala mata kepala dan bahawasanya segala mala’  a‘laa itu menuntut mereka itu akan dia seperti barang yang kamu menuntut akan dia.

STATUS

Tidak Ditemui  

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Saudara Mazlan Sidek dalam kajian beliau,

Hadith Kesebelas:

” قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

(( إن الله احتجب عن البصائر كما احتجب عن الأبصار وان الملأ الأعلى يطلبونه كما يطلبونه ))”

Bahawasanya Allah Ta‘ala didindingkan daripada mata hati, yakni tiada dapat sampainya memikirkan hakikatNya seperti barang yang didindingkan daripada segala mata kepala dan bahawasanya segala mala’ a‘laa itu menuntut mereka itu akan dia seperti barang yang kamu menuntut akan dia. 

Takhrij Hadith :

Setelah dicari dengan kemampuan yang ada, penulis tidak temui hadith ini.

RUJUKAN

Sidek, Mazlan (2004) Hadis dalam kitab al-Durr al-Thamin karangan Syeikh Daud al-Fatani : takhrij dan analisis Mazlan Sidek. Masters thesis, University of Malaya.

MAKLUMAN

Hasil penyelidikan ini telah dimasukkan disini melalui Projek Al-Durr Al-Thamin yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!