Al-Dabbah akan keluar membawa tongkat nabi Musa ‘alaihissalam bersama cincin Nabi Sulaiman ‘alaihissalam

تَخْرُجُ الدَّابَةُ مَعَهَا عَصَا مُوْسَى وَخَاتَمُ سُلَيْمَانَ فَتَجَلُّوا وَجْهَ الْمُؤْمِنِ بِالْعَصَا وَتَخْتَمُّ أَنْفَ الْكَافِرِ بِالْخَاتَمِ حَتَّى اَنَّ أَهْلَ الْخَوَانِ لَيَجْتَمِعُوْنَ فَيَقُوْلُ هَذَا يَا مُؤْمِن وَيَقُوْلُ هَذَا يَا كَافِر

 Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 Al-Dabbah (iaitu sejenis haiwan yang melata di muka bumi) akan keluar membawa tongkat nabi Musa ‘alaihissalam bersama cincin Nabi Sulaiman ‘alaihissalam lalu mereka menyapu wajah orang mukmin dengan tongkat Nabi Musa, dan menutupi hidung orang kafir dengan cincin Nabi Sulaiman sehingga orang yang hendak makan pun berkumpul di depan hidangan dan berkata satu golongan; Ini dia wahai mukmin, dan berkata;ini dia wahai kafir”

 

 DARJAT HADIS

 Hadis ini bertaraf dhaif (lemah)

 

 KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

Imam Ahmad di dalam kitabnya Musnad, jilid 13, m/s 321.

-Imam Al-Thayalisi di dalam kitabnya Musnad, jilid 4, m/s 292.

 

 KETERANGAN ULAMA HADIS:

-Sheikh Syu’aib al-Arnouth menyatakan hadis ini dhaif kerana dhaifnya seorang perawi yang bernama Ali bin Zaid bin Jud’an.

-Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini mungkar.

 

SUMBER:

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki