Aku pernah menjahit baju di bilikku

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan :

“Aku pernah menjahit baju di bilikku, tiba-tiba lampu padam, bilik menjadi gelap dan jarum terjatuh. Ketika aku cuba meraba-raba mencari jarum itu, tiba-tiba Nabi SAW datang kepadaku dari pintu bilik. Baginda mengangkat lampu dan wajahnya. Demi Allah yang tiada Tuhan selainnya, sesungguhnya telah terang setiap penjuru bilik dengan cahaya wajah Baginda sehinggalah aku dapat menjumpai kembali jarumku, kerana nur yang memancar. Kemudian aku menghadap kepadanya, lalu aku berkata: “Engkau lebih mulia daripada ayah dan ibuku wahai Rasulullah. Sungguh terang cahaya wajahmu.” Nabi SAW berkata: “Wahai Aisyah, rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat.” Aku bertanya: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat.” Aku (Aisyah) bertanya lagi: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Mereka yang ketika namaku disebut di sisi mereka, dia tidak berselawat ke atasku”.

Kata Dr Rozaimi -hafizahullah- (Moga Allah memelihara beliau):

“Saya ditanya tentang status hadis di bawah ini:

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan : “Aku pernah menjahit baju di bilikku , tiba² lampu terpadam , bilik menjadi gelap dan jarum terjatuh . Ketika aku cuba meraba raba mencari jarum itu , tiba² Rasulullah SAW datang kepadaku dari pintu bilik . Baginda mengangkat lampu dan wajahnya . Demi Allah yang tiada Tuhan selainnya , sesungguhnya telah terang setiap penjuru bilik dengan cahaya wajah Baginda sehinggalah aku dapat menjumpai kembali jarumku , kerana nur yang memancar . Kemudian aku menghadap kepadanya , lalu aku berkata : “Engkau lebih mulia daripada ayah dan ibuku wahai Rasulullah . Sungguh terang cahaya wajahmu” Rasulullah SAW bersabda : “Wahai Aisyah , rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat” Aku bertanya : “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah ?” Baginda menjawab kali kedua dengan jawapan yang sama : “Rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat” Aku bertanya lagi : “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah ?” Lalu Baginda menjawab : “Mereka yang ketika namaku disebut di sisi mereka , dia tidak berselawat ke atasku”

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi) 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Allahumma solli a’la sayyidina muhammad wa’ala ali sayyidina muhammad 🌹

Saya katakan:

  1. Ia bukan riwayat al-Tirmizi dan Ahmad.
  2. Kisah ini sebenarnya diriwayatkan oleh Ibn Asakir dan al-Dailami.
  3. Dalam sanadnya terdapat perawi bernama Mas’adah bin Bakar. Al-Zahabi menilai riwayatnya palsu dalam mizan al-i’tidal.
  4. Riwayat yang sahih dari Nabi sallallah alaih wasallam ialah orang bakhil ialah sesiapa yang namaku disebut di sisinya tetapi dia tidak berselawat ke atasku.

Sumber

Status FB Dr Rozaimi, https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1276605759033588&id=1032611520099681