Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KMW) seorang pemuda yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan

TEKS BAHASA ARAB

سيخرُجُ مِن صُلْبِ هذا حيٌّ يملَأُ الأرضَ جَوْرًا وظُلْمًا وسيخرُجُ مِن صُلْبِ هذا حيٌّ يملَأُ الأرضَ عَدْلًا وقِسطًا فإذا رأَيْتُم ذلكَ فعليكم بالفتى التَّميميِّ فإنَّه يُقبِلُ مِن المشرِقِ وهو صاحبُ رايةِ المَهديِّ

TEKS BAHASA MALAYSIA

 Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KMW) seorang pemuda yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-panji Al-Mahdi.”

STATUS

Hadis Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Berikut adalah keratan soalan dari emel semakhadis dan penyelidikan Tim Semakhadis.com.

 Satus hadis


“Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KMW) seorang pemuda yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-panji Al-Mahdi.”

 

Jawapan

Matan bagi hadis di atas adalah seperti berikut:

سيخرُجُ مِن صُلْبِ هذا حيٌّ يملَأُ الأرضَ جَوْرًا وظُلْمًا وسيخرُجُ مِن صُلْبِ هذا حيٌّ يملَأُ الأرضَ عَدْلًا وقِسطًا فإذا رأَيْتُم ذلكَ فعليكم بالفتى التَّميميِّ فإنَّه يُقبِلُ مِن المشرِقِ وهو صاحبُ رايةِ المَهديِّ

 

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (no. 4130). Kata al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (no. 12413), hadis ini munkar kerana di dalam terdapat perawi bernama Ibnu Lahi’ah, seorang yang sangat lemah ingatannya.

 

RUJUKAN
  • Sulaymān bin Aḥmad, al-Ṭabarānī. (n.d.). Mu‘jam Al-Awsāṭ. Kaherah: Dār Al-Ḥaramayn.
  • ‘Alī bin Abī Bakr, A.-H. (1994). Majma’ al-Zawāid wa Manba’ al-Fawāid. (Ḥusām al-Dīn al-Qudsī, Ed.). Al-Qāhirah: Maktabah al-Qudsī.
MAKLUMAN

Info ini adalah satu dari hasil penyelidikan yang dibiayai oleh Tabung Pembangunan Koleksi Semakhadis.com. Moga Allah membalasi ganjaran kebaikan kepada para penderma.