Adalah Rasulullah SAW apabila selesai daripada solat, baginda mengusap dahinya dengan tangan kanan

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى، ثم قال: «أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الهم والحزن»

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adalah Rasulullah SAW apabila selesai daripada solat, Baginda mengusap dahinya dengan tangan kanan sambil mengucapkan: “Aku naik saksi bahawasanya tiada tuhan yang disembah selain Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Ya Allah hilangkanlah daripadaku segala kegundahan dan kedukaan”.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Berikut adalah soalan yang diterima oleh Tim Semakhadis.com.

Anas bin Malik berkata:
Adalah Rasulullah saw apabila selesai daripada solat, Baginda mengusap
dahinya dengan tangan kanan sambil mengucapkan, “Aku naik saksi
bahawasanya tiada tuhan yang disembah selain Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih. Ya Allah hilangkanlah daripadaku segala kegundahan
dan kedukaan”.

Dari Ibnu As-Sunni menyebutkan di dalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah,

Soalan saya apakah status hadist di atas?

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan jawapannya,

 

Hadis ini diriwayatkan oleh Sallām al-Ṭawīl dari Zaid Al-‘Ammī dari Anas Ibn Mālik[i], dengan lafaz:

Adalah Rasulullah SAW apabila selesai daripada solat, Baginda mengusap dahinya dengan tangan kanan sambil mengucapkan:

 

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْغَمَّ وَالْحَزَنَ

“Aku naik saksi bahawasanya tiada tuhan yang disembah selain Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Ya Allah hilangkanlah daripadaku segala kegundahan dan kedukaan”.

 

Namun, sanad hadis ini sangat lemah kerana diriwayatkan Sallām dari Zaid al-‘Amī dari Anas secara bersendirian. Sallām al-Madāini al-Ṭawīl dihukum sebagai pemalsu hadis, sementara Zaid ibn Hawārī al-Baṣri walaupun dithiqahkan oleh beberapa Ulama, namun Jumhur menghukumnya sebagai dha‘īf[ii].

 

Hadis semisal ini juga diriwayatkan dari beberapa jalur dari Anas dengan lafaz doa yang berbeza-beza, namun kesemua riwayat itu tidak terlepas dari kecacatan samada ringan atau berat[iii].


 

[i] Sulaymān bin Aḥmad Al-Ṭabarānī, Al-Mu‘jam Al-Awsaṭ, ed. Ṭāriq bin ‘Iwaḍ Allah and ‘Abd Al-Muḥsin bin Ibrāhīm Al-Husaynī (Kaherah: Dār Al-Ḥaramayn, n.d.), jil. 3, hal. 66, no. 2499; Ibn Al-Sunnī Aḥmad bin Muḥammad, ’Amal Al-Yawm Wal-Laylah Sulūk Al-Nabī Ma’a Rabbihi ’Azza Wa Jalla Wa Mu’Āsharatihi Ma’a Al-’Ibād, ed. Kawthar Al-Barnī (Beirut: Dār al-Qiblah, 1998), hal. 101, no. 112.

[ii] Al-Haythamī ‘Alī bin Abī Bakr, Majma’ Al-Zawāid Wa Manba’ Al-Fawāid, ed. Ḥusām al-Dīn al-Qudsī (Al-Qāhirah: Maktabah al-Qudsī, 1994), jil. 10, hal. 110.

[iii] Muḥammad Nāṣir Al-Dīn Al-Albānī, Silsilah Al-Aḥādīth Al-Ḍa‘īfah Wal-Mawḍū‘Ah Wa Atharuha Al-Sayyi’ Fi Al-Ummah (Riyāḍ: Dār al-Ma’rifah, 1992), jil. 2, hal. 114.

RUJUKAN

Al-Haythamī ‘Alī bin Abī Bakr. Majma’ Al-Zawāid Wa Manba’ Al-Fawāid. Edited by Ḥusām al-Dīn al-Qudsī. Al-Qāhirah: Maktabah al-Qudsī, 1994.

Ibn Al-Sunnī Aḥmad bin Muḥammad. ’Amal Al-Yawm Wal-Laylah Sulūk Al-Nabī Ma’a Rabbihi ’Azza Wa Jalla Wa Mu’Āsharatihi Ma’a Al-’Ibād. Edited by Kawthar Al-Barnī. Beirut: Dār al-Qiblah, 1998.

Muḥammad Nāṣir Al-Dīn Al-Albānī. Silsilah Al-Aḥādīth Al-Ḍa‘īfah Wal-Mawḍū‘Ah Wa Atharuha Al-Sayyi’ Fi Al-Ummah. Riyāḍ: Dār al-Ma’rifah, 1992.

Sulaymān bin Aḥmad Al-Ṭabarānī. Al-Mu‘jam Al-Awsaṭ. Edited by Ṭāriq bin ‘Iwaḍ Allah and ‘Abd Al-Muḥsin bin Ibrāhīm Al-Husaynī. Kaherah: Dār Al-Ḥaramayn, n.d.

MAKLUMAN

Penyelidikan ini telah biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Lihat Projek Semak Hadis untuk himpunan soal jawab status hadis.