Abdurrahman bin Auf masuk syurga dengan merangkak

إِنَّ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ حَبْواً

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 “Sesungguhnya Abdurrahman bin Auf masuk syurga dengan merangkak (kerana kekayaannya)”

 

DARJAT HADIS            

 Hadis ini bertaraf maudhu (palsu).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Ibnu al-Qayyim di dalam kitabnya Al-Manar Al-Munif, m/s 306.
  • Imam Al-Syaukani di dalam kitabnya Al-Fawaid Al-Majmu’ah, ms1184.
  • Imam Ahmad di kitab Musnad, hadis no 24886.
  • Imam Al-Thabarani di kitab Al-Mu’jam, jilid 1, m/s 264.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan bahawa hadis ini mungkar
  • Imam Abu Hatim Al-Razi menyatakan perawi hadis ini yang bernama Umarah bin Zadzan tidak boleh dijadikan hujjah.
  • Imam Ibnu Jauzi menyatakan hadis ini palsu.
  • Imam al-Nasaie menyatakan hadis ini palsu.
  • Sheikh Syu’aib Al-Arnouth menyatakan hadis ini bathil dan mungkar.

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki